Tuesday, June 19, 2007

MALAS ITU PEMALAR KALAU...

Rata-rata pelajar saya ini lemah dalam Matematik, ada sorang dua je yang betul-betul boleh tahan. Maka saya perlu selalu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengajar mereka. That's the most challenging part!

Habis je topik ungkapan algebra, saya menyambung tajuk rumus algebra untuk Matematik Ting. 3. Konsep asas pertama yang mesti pelajar faham dalam tajuk ini adalah berkenaan pemboleh ubah dan pemalar (variables and constants).

Saya pun berceloteh panjang nak memahamkan mereka tentang konsep-konsep asas tersebut. Waktu saya menerang dan memberikan contoh mengenai pemboleh ubah dan pemalar ni, ada sorang dua pelajar di belakang kelas yang sungguh tawadhu', asyik mengangguk je...tido le tu! Ada sorang pelajar yang betul-betul menarik perhatian saya, Azwande. Tidonye lain macam, tersengih-sengih...berangan agaknya!

"Azwande, apa contoh pemalar?" terkejut dengan pertanyaan saya, dia terus angkat kepala dan menjawab, " malas." Entah bila saya mengajar begitu, suka-suka hati dia je menjawab. Tetapi saya tidak marah.

"Ya betul...malas itu satu pemalar kalau sejak dari Darjah 1 lagi sampai le sekarang dah Tingkatan 3 ni pun, kamu masih lagi malas. Malas kamu itu tidak pernah berubah, 'nilainya' tetap...maka itulah pemalar. Terima kasih kepada Azwande kerana memberikan satu contoh yang sangat baik," saya menjawab sambil tersenyum. Berderai tawa seisi kelas. Dia cuma tersengih malu.

Kini, setiap kali sebelum memulakan pelajaran, saya pasti akan bertanya dia, "Azwande, malas kamu masih pemalar atau sudah jadi pemboleh ubah?" Dia akan ketawa mendengar pertanyaan saya.

2 comments:

mujahidah said...

salam..saya seorang graduan It kolej islam antarabangsa..sy sgt mencintai dunia pendidikan...tp keadaan kluarga tidak mengizinkan utk smbung ijazah fulltime..tp sy nak mengajar jgk sambil2 tu boleh buat pjj, persoalannya mcm mane cara yang perlu saya guna untuk apply menjadi guru dimana2 sekolah swasta dengan klulusan diploma???terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dgn anak bangsa hari ni...harap dapat bantu bg pandagn di serikandisufi@yahoo.com

myislam said...

Assalamu'alaikum

Al-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzul
http://alquranonline.co.cc/

Risalah Islam
http://sibin2007.multiply.com/

Koleksi ebook, Aplikasi Handphone
http://assalambook.as.funpic.org/

Koleksi Streaming Radio Dakwah
http://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u

Semoga bermanfaat
Wasalam